Followers

Tuesday, 11 December 2012

Rumpai Laut Kering Sabah


Khasiat- khasiat rumpai laut

Khasiat rumpai laut bakar atau kering adalah sama seperti khasiat yang terdapat pada rumpai laut segar yang kaya dengan vitamin dan mineral 
seperti besi, magnesium dan karbonat. Perbezaan antara jenis ini adalah
 apabila rumpai laut itu dikeringkan atau dibakar, bakteria pada rumpai 
laut sebagai makanan telah dibunuh dan dimusnahkan.

Ekstrak rumpai laut dikatakan tinggi kandungan mineral dan kaya 
dengan sumber iodine, zink, besi, kalium, tembaga, magnesium dan 
kalsium. Ðikatakan dengan menambah rumpai kaut dalam masakan 
mampu meningkatkan jumlah serat dalam makanan yang telah dimasak.

Buang toksin dan bahan radikal bebas

Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak rumpai laut dikatakan mampu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis kira-kira sebanyak 15%. Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.

Rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol

Ekstrak rumpai laut juga amat baik untuk jantung kerana ia didakwa merendahkan kolesterol dan juga memperbaiki pengedaran darah. 
Ðikatakan juga menggantikan garam dengan rumpai laut yangtelah 
dikisar halus dalam makanan amat baik untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Mencegah kanser

Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh juga mampu dicegah
 jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makan seharian.

Meningkatkan metabolisme

Ekstrak rumpai laut dikatakan juga mengandungi alginate, bahan aktif 
tidak ada rasa dan tidak berbau yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme, sekali gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan berkalori.

Alginate dalam ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengikat bahan
 radioaktif dan logam berat, dan juga membebaskan radikal bebas dan
 toksin lain dalam tubuh. Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada
 tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.

Merangsang sistem pertahanan badan

Ekstrak laut juga dikatakan mampu merangsang sistem imun dan membantu tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes. Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.

Rumpai laut juga dikatakan mengandungi seanol, antioksidan kuat yang
 lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat. Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran
 mental.

Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan ‘hot flushes’ yang berlaku pada wanita menopaus.



* Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..


* Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong..


No comments:

Post a Comment